Wednesday, December 13, 2006

Hari ini dalam sejarah.........13/12/2006

Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah, Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006

Wah.......bangga jadi rakyat Terengganu........semalam (13/12/2006) Sultan Terengganu dah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yg ke 13, so....patik berdoa semoga Yang di-Pertuan agong selamat menjalani tugas yg dipikul,

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Sejarah Beliau
Baginda telah dilahirkan pada22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah menengah kebangsaan Sultan Sulaiman, beliau kemudiannya pergi ke luar negeri untuk melanjutkan perajaannya di sekolah berprestij, Geelong Grammar School di Astralia. Dalam tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S International Unversity - Europe di London, memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di InternationalRelationships pada 9 Jun1988.
Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of languages daripada 2November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademik Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 May 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Desember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.
Baginda telah dianugerahkan Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman on 6 November 1979, dan kemudiannya, pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 november 1990.

No comments: