Tuesday, December 26, 2006

The end.........of MiTV (30 Dis 2006)


Assalamualaikum.......dan Salam sejahtera kepada semua kawan2,
pada 30 Disember ni berakhirlah khidmat aku kat MiTV sebagai Technician repair......sedih jugak bila dah nak berenti ni kan, tapi nak buat macam mane.....dah takdir jodoh aku ngan MiTV tak lama. Selama setahun 6 bulan(Jun 2005 hingga Disember 2006) aku berkhidmat kat MiTV.
Banyak benda aku belajar kat sini, macam2 pengalaman yang aku dapat, yang best tu....dapat pegi rumah VVIP dan VIP, Dapat berjumpa ngan mereka...contohnye owner Berjaya Group TAN SRI VINCENT TAN dan juga board director Berjaya, yang best jugak kat sini....dapat jumpa dan dapat berkomunikasi dengan semua level.....dari pihak bawahan hingga la... ke pihak atasan, seronok sangat.........seronok ada kawan2(musuh takde)......Nuar, azrul, Faiz, Manjeet, Thomas, airin dan ramai lagi lah...ramai sangat tak leh nak sebut. Ada di antara meraka2 yang dah berenti dan diberhentian, meraka2 ini dah buat haluan masing2, macam aku jugak lah, dah dapat rezeki kat tempat lain........apa pun aku doa kan mereka2 itu berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing2. Dan kepada mereka2 yang masih setia dengan MiTV tu....pun aku doa kan meraka berjaya.
Walau ape pun.....aku tidak akan melupakan jasa MiTV kat aku, kerana memberikan aku peluang untuk menimba pengalaman berkerja, kerana MiTV adalah syarikat pertama aku berkerja selepas tamat pengajian di BMI - British Malaysian Istitute. So.....aku amat berterima kasih......terima kasih banyak2.
Sini jugak aku nak mintak maaf kat sape2 lah yang ade terasa ke, tersinggung ke dan ape2 perangai aku yang tak menyenangkan, sesungguhnye aku hanya insan biasa....takkan terlepas dari membuat kesilapan.
Tak lupa jugak......nak ucap terima kasih kat kawan2 yang selama ini membantu, memberi tunjuk ajar dan bimbingan selama aku berada di MiTV ni.....terima kasih banyak2, hanya Tuhan dapat membalas jasa baik korang semua, Halalkan ape yang aku termakan ke dan terminum ke...he....he....semua dah jadi **** dah kuang......kuang....kuang...
ok lah geng....aku stop sini dulu lah ada masa kita semua leh jumpa lagi....
Regard :-
Fazli Ibrahim
Technician Repair
MiTV Corp Sdn. Bhd
3rd Floor KL Plaza
179 Jln Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

Wednesday, December 13, 2006

Hari ini dalam sejarah.........13/12/2006

Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah, Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006

Wah.......bangga jadi rakyat Terengganu........semalam (13/12/2006) Sultan Terengganu dah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yg ke 13, so....patik berdoa semoga Yang di-Pertuan agong selamat menjalani tugas yg dipikul,

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Sejarah Beliau
Baginda telah dilahirkan pada22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah menengah kebangsaan Sultan Sulaiman, beliau kemudiannya pergi ke luar negeri untuk melanjutkan perajaannya di sekolah berprestij, Geelong Grammar School di Astralia. Dalam tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S International Unversity - Europe di London, memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di InternationalRelationships pada 9 Jun1988.
Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of languages daripada 2November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademik Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 May 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Desember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.
Baginda telah dianugerahkan Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman on 6 November 1979, dan kemudiannya, pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 november 1990.

Sunday, December 10, 2006

Lagu MARA dan Lagu WARISAN



LAGU MARA

Mara pemegang
amanah bumiputera
beri galakan
memajukan usaha
menjunjung hasrat
mencipta bahagia
mara tetap bersedia
dan rakyat aman sentiasa

Mara akan sentiasa
memberi segala dorongan
menciptakan kemakmuran
rakyat menjadi tujuan
mara lah maju wahai rakyat jelata
maju mara maju jaya
dan rakyat aman sentiasa.


LAGU WARISAN

Anak kecil main api
terbakar hatinya sepi
air mata darah
bercampur keringat
bumi dipijak milik orang
nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa
sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman
indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir
ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam

tetutuplah hati terkunci mati
sekat ni je lirik lagu ni.......
Ni lagu yg dinyanyikan semasa minggu MSR kat IKM besut dulu......aku rasa lagu ni semua IKM kat malaysia, Harap bila kawan2 tgk lagu ni dapat mengimbau kenangan yg telah dilalui selama dua tahu di IKM besut tu - Lagu ni sumbangan Yani, pasal aku dah lupe lirik lagu ni, lagu warisan tun tak habis...........sory la kawan2.........kalau ada sapa yg ingat lagu warisan tu leh emailkan kat aku mailto:fazli.ibrahim@gmail.com