Tuesday, December 26, 2006

The end.........of MiTV (30 Dis 2006)


Assalamualaikum.......dan Salam sejahtera kepada semua kawan2,
pada 30 Disember ni berakhirlah khidmat aku kat MiTV sebagai Technician repair......sedih jugak bila dah nak berenti ni kan, tapi nak buat macam mane.....dah takdir jodoh aku ngan MiTV tak lama. Selama setahun 6 bulan(Jun 2005 hingga Disember 2006) aku berkhidmat kat MiTV.
Banyak benda aku belajar kat sini, macam2 pengalaman yang aku dapat, yang best tu....dapat pegi rumah VVIP dan VIP, Dapat berjumpa ngan mereka...contohnye owner Berjaya Group TAN SRI VINCENT TAN dan juga board director Berjaya, yang best jugak kat sini....dapat jumpa dan dapat berkomunikasi dengan semua level.....dari pihak bawahan hingga la... ke pihak atasan, seronok sangat.........seronok ada kawan2(musuh takde)......Nuar, azrul, Faiz, Manjeet, Thomas, airin dan ramai lagi lah...ramai sangat tak leh nak sebut. Ada di antara meraka2 yang dah berenti dan diberhentian, meraka2 ini dah buat haluan masing2, macam aku jugak lah, dah dapat rezeki kat tempat lain........apa pun aku doa kan mereka2 itu berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing2. Dan kepada mereka2 yang masih setia dengan MiTV tu....pun aku doa kan meraka berjaya.
Walau ape pun.....aku tidak akan melupakan jasa MiTV kat aku, kerana memberikan aku peluang untuk menimba pengalaman berkerja, kerana MiTV adalah syarikat pertama aku berkerja selepas tamat pengajian di BMI - British Malaysian Istitute. So.....aku amat berterima kasih......terima kasih banyak2.
Sini jugak aku nak mintak maaf kat sape2 lah yang ade terasa ke, tersinggung ke dan ape2 perangai aku yang tak menyenangkan, sesungguhnye aku hanya insan biasa....takkan terlepas dari membuat kesilapan.
Tak lupa jugak......nak ucap terima kasih kat kawan2 yang selama ini membantu, memberi tunjuk ajar dan bimbingan selama aku berada di MiTV ni.....terima kasih banyak2, hanya Tuhan dapat membalas jasa baik korang semua, Halalkan ape yang aku termakan ke dan terminum ke...he....he....semua dah jadi **** dah kuang......kuang....kuang...
ok lah geng....aku stop sini dulu lah ada masa kita semua leh jumpa lagi....
Regard :-
Fazli Ibrahim
Technician Repair
MiTV Corp Sdn. Bhd
3rd Floor KL Plaza
179 Jln Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

Wednesday, December 13, 2006

Hari ini dalam sejarah.........13/12/2006

Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah, Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006

Wah.......bangga jadi rakyat Terengganu........semalam (13/12/2006) Sultan Terengganu dah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yg ke 13, so....patik berdoa semoga Yang di-Pertuan agong selamat menjalani tugas yg dipikul,

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Sejarah Beliau
Baginda telah dilahirkan pada22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah menengah kebangsaan Sultan Sulaiman, beliau kemudiannya pergi ke luar negeri untuk melanjutkan perajaannya di sekolah berprestij, Geelong Grammar School di Astralia. Dalam tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S International Unversity - Europe di London, memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di InternationalRelationships pada 9 Jun1988.
Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of languages daripada 2November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademik Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 May 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Desember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.
Baginda telah dianugerahkan Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman on 6 November 1979, dan kemudiannya, pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 november 1990.

Sunday, December 10, 2006

Lagu MARA dan Lagu WARISAN



LAGU MARA

Mara pemegang
amanah bumiputera
beri galakan
memajukan usaha
menjunjung hasrat
mencipta bahagia
mara tetap bersedia
dan rakyat aman sentiasa

Mara akan sentiasa
memberi segala dorongan
menciptakan kemakmuran
rakyat menjadi tujuan
mara lah maju wahai rakyat jelata
maju mara maju jaya
dan rakyat aman sentiasa.


LAGU WARISAN

Anak kecil main api
terbakar hatinya sepi
air mata darah
bercampur keringat
bumi dipijak milik orang
nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa
sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman
indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir
ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam

tetutuplah hati terkunci mati
sekat ni je lirik lagu ni.......
Ni lagu yg dinyanyikan semasa minggu MSR kat IKM besut dulu......aku rasa lagu ni semua IKM kat malaysia, Harap bila kawan2 tgk lagu ni dapat mengimbau kenangan yg telah dilalui selama dua tahu di IKM besut tu - Lagu ni sumbangan Yani, pasal aku dah lupe lirik lagu ni, lagu warisan tun tak habis...........sory la kawan2.........kalau ada sapa yg ingat lagu warisan tu leh emailkan kat aku mailto:fazli.ibrahim@gmail.com

Thursday, November 30, 2006

IKM part 2...........


Ari ni terasa bosan giler......tempat aku dah pindah ke bahagian pentadbiran......so bila kat tempat baru ni tak leh nak tiiiiiiiiiido.. So ari ni ader masa nak sambung balik cerita kenangan di IKM besut.......... :-) bila dah masuk ikm tu, memang asing la bagi kita org semua, nak-nak masa minggu orientasi di panggil jugak Minggu MSR.... peh wa cakap lu......mcm nak berenti je dari ikm, semua kene ikut law yg telah ditetapkan oleh pihak ikm dan badan perwakilan pelatih atau lebih senag di panggil BPP, bila doh BPP dapat kuasa penuh dari pengetua IKM, aper lagi sebulan kita org tak dibenarkan keluar IKM tu...maknanye sebulan tak leh balik kg. dia org ader resson dia buat mcm tu :-), . Semua pergerakan kena pakai law.....bg yg lelaki, kene potong rambut pendek. pakai baju yng di berikan saja, pakai kasut stiap masa, dan yang pasti kena bawak fail kemana saja kita org pegi......kalau tak!!!!!!!!!!!!! ha..........kami kena lah denda yang paling kita org tak suka iaitu.........."pumping" waow......cakap lu, mengigil tangan sorang2, Mana ada kita org atau berkumpulan yg best 2....semua kena. Aktiviti minggu MSR ni barlangsung selama semingg, tetapi rasa macam bertahun-tahun(masa tu lah). Bila ada aktiviti luar tu rasa bebaslah sikit......mcm bebas adri penjaralah katakan.....he.....he... kami di bawa ke agro resort setiu, tu pu bersebelahan dengan besut. aper pun bila sampai sana phuh.....dengan keadaan tempat yg belum di terokai oleh manusia-manusia rakus. semua kativiti berjalan dengan lancar....alhamdullilah......... ketua dan penolong BPP tu sebenarnye senior jurusan aku, electronic industri ops............sorry, dah tak ader industri dah semuanye instrument......
Dlm minggu MSR ni kita orang ader di ajar dua lagu 1st lagu MARA dan satu lg lagu WARISAN, di sini belum disertakan lg, pasal lagu masih dlm pencarian......harap maklum.
Bagi aku....dlm minggu MSR yg aku tak dapat lupakan adelah aku diberikan satu watak untuk dilakonkan.....tak pernah aku berlakon kat atas pentas.....berderau jugak darah dibuatnye.
Bila dah tamat Minggu MSR ni dah tak leh aku nak citer pasal semua lah.................untuk bebudak electronic je masa ni aku di tempatkan asrama bersama Nuar liah, mat yie, y2k dan aku lah 4 org je sebilik......................cerita ini adalah mengikut pengalaman aku je....pada mana2 induvidu yang terasa watak atau kerektor tiada dlm cerita ini harap maaf bebanyak....sebarang kesulitan amat dikesali...........
OK......bila dah dibawa ke bengkel, kami di bahagikan kepada dua kelas ia itu kelas A dan Kelas B, pada masa 2 electronic ada dua jurusan......satu instrument dan satu lg industri(bila masuk sem2 industri dah tak ade so......sad) kelas B ni.....kelas aku lah...he....he....masa sem 1 ni ramai jugak beliawanis, tp bila naik sem 2.......2 org beliawanis yg terpaksa menamatkan latihan meraka, untuk kelas B ni ni dia nama-nama belia harapan bangsa dan negara......
1) Fazli ibrahim A.K.A fishbone dan mcm2 la org panggil - selaku ketua kelas, dari marang Terengganu,(penulis)
2) Mohd Helmi A.K.A Mie bentong - dari Bentong Pahang(pasal tu kite panggil dia mie bentong)
3) Mohd Jeffri A.K.A Mat jeep - dari jengka Pahang( dia selalau cakap "moh ke jengke!!!")
4) Mohd Azral A.K.A Jeral - dari kulim kedah (anak buah bob marley ni, no....women no cry he...he....)
5) Raja Faizal A.K.A Rajo - dari bukit sireh klate(treadmark dia KYUKIN)nama ikan koi.
6) Khairul anwar A.K.A Nuar pokcik - dulu duk kemehe, lo ni duk di pasit putih kelate
7) Engku Zuraimi - nak sebut panjang sangat kita orang bagi nama pendek sikit kat dia KUMI....campuran dari engku + Zuraimi jadi lah KUMI dari pasir gajoh kemaman.
8) Mohd Nazrul Hisyham A.K.A Mat chang(dia yg suruh panggil nama 2) dari Marang Terengganu
9) Abd Muthalib, org panggil dia Tolib........ayat kegemaran "Makkan Kambing" dan mcm2 lah ayat pelik dia 2. dari marang Terengganu,( kat kg aku)
10) Saiful - org panggil Sepu, best student kat IKM ni, dari kuale besut Terengganu.
11) Rosli - Seli org panggil dia, budk pasir akar besut Terengganu.
12) Nor Azlan - lan jadi le dan di panggil Mat le dari bera, Temerloh Pahang.
13) Mohd Arih - ni tak banyak tukar, panggil pun Mat Arih jugak. Asal Newcastel......kota baru klate jah...........
14) Salleh Aman - ni wakil tunggal dari serawak.....ader yang panggil Salleh ader yg panggil Abg Long, kerna dia lah paling tua dlm kelas kite org.........
15) Nik Mohd Faiz - ade org panggil Paih ade org panggil nik paih

Dan ini nama2 beliawanis dlm kelas kita org, budak perempuan tak ramai dlm kelas kami ni, al-maklumlah electronic industri katakan, kena buat keje berat2 so......tak ramai yg berminat ngan kelas kami ni. Nama2 ni masa sem 1:
16) Wan tatty aniza - Panggil Tatty je...dari Kuala Terengganu.
17) Raznasyemi Shaharullina - Panggil Emi. suke sangat dengan winnie the pooh sampai org panggil Emi pooh. Anak polis dari kuala Terengganu.
18) Nor haryani - kita org panggil Yani je, Ganazzzz dan brutal kerektor dia, Tanzmania kartun kegemaran dia.....budak ni dari Raub Pahang.
19) Amizah - Budak Jeli kita org panggil Mizah, perwatakan lemah lembut, sopan santun...akan tetapi kalau dia marah ya allah.........so jgn memain dgn dia.
20)Normazila - zila nama panggilan......asal.....kalau tak silap kuala lipis, Pahang.

itu lah nama2 yang telah mengisi kelas B dlm kursus kejuruteran Elektronik industri Jan 2000 IKM Besut Terengganu Darul Iman.

Selama 6 bulan menjalani latihan untuk sesi Jan 2000 di IKM....kami sudah menjadi mcm satu keluarga....susah senang di harungi bersama, kegembiaraan, kesedihan semua di kongsi........dan apabila keakraban terjalin antara kami sekelas........kami terpaksa melepaskan 2 org sahabat kami iaitu Tatty dan Zila yg meneruskan pangajian dlm Kejururawatan di sebuah hospital di Johor Bahru, so.......dari 20 - 2 = 18 org yang meneruskan pengajian di IKM besut ni
Bila dah masuk sem 2 ni....semua yg berlaku pada sem 1 menjadi pengajaran dan tauladan pada kami semua, membuatkan kami jadi dewasa, matang dan manjadi insan yg berguna pada nagara pada suatu hari nanti.

Monday, October 09, 2006

Reunion IKM besut........part 1


Tinggal 2 bulan je lg kite nak melangkah ke tahun 2007, ni bermakna sudah lima tahun aku meninggal kan IKM besut. bayak giler kenagan yang terpahat kat kotak simpanan otak aku ni, aku pun dah lama tak menjeguk IKM, tak leh kate ape lah......sejak keje bz je memanjang (bukan ape kekadang buat2 bz he...he.....),
ni pun bila time takde keje teringat lak kat member lama masa kat IKM dulu - dulu, bukan setakat bebudak elektronik je bebudak econ(air conditioner), welding, elektrik, dan bebudak lukisan kejuruteraan...... bile teringat balik kenagan kat IKM dulu...peh.......nak gelak ade...nak nagis ade....dan macam-macam lagi. banyak perkara-perkara yang berlaku tak dapat dilupakan since....mula2 masuk dulu....jan 2000(lupe lah tarikh) satu mcm dunia baru bila sampai kat IKM besut tu, yang aku tahu member aku kat sekolah dulu dah masuk sini, dia pun dah semester akhir bila aku masuk IKM. Bila dah register kat dewan bakti, first skali jumpe dangan Tuan Haji Hashim, kite org panggil dia "che ashim", dia lah lecture paling best yang penah aku kenal, bg yang kenal beliau, tau macam mana perangai dia, kelakar habis. bukan dia je yang best che Zamadi a.k.a che Z, che zul(KC), che nawawi, che dolloh, che yati....... to be continued.............

Sunday, September 10, 2006

PUASA............Is back..........


Ramadhan kembali lagi.........
tinggal lagi dua minggu kite nok pose,
bile kite sebut pasa bulan pose ni, puh......banyok mende hok kite ingat, banyok pengalaman hok kiter dok leh lupe......dok kira lah kite dok mane pon, pasti ade banyok pengalaman hok lucu. (hok lucu dan menarik doh lah kite cite), aku sediri pon banyok gok pengalaman bulan pose ni, hok sedih........hok klakar.........hok macam-macam lagi lah..........
SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA......

Sunday, February 26, 2006

Permulaan suatu pencarian......

Disini bermulalah satu hobi baru buat aku.....tah lah dari maner datang hobi baru aku nih, aper pun kepada sesiape yang masuk blog ni diharap memberi tips2 bagai mana nak jadi hobi ni suatu yang bermakna buat aku.. :) , aku harap ada org bagi tips2 bagi maner nak ambik gambor...